Manisnya Cinta

Saturday, August 08, 2015 azreen raub 5 Comments

Kalau bercakap pasal manisnya cinta. Garam pun bisa rasa gula, yang kelat pun jadi coklat. Namun hakikat bukan semua bersifat malaikat. Acah- acah intro buku fixi. Hahaha...

Tup tup.. tak hujan tak ribut aku mula kelam kabut nak menulis pasal cheeentaa punya cerita. Walhal diri sendiri masih lagi mengensot mencari defnisi sebenar. Aiceceh.. macam skrip klise drama melayu lak. Mencari definisi kunun. Ini bukan kelas sastera.

Walaupun Bebi Romeo & Rita Effendi melalak dengan suara dari perut & teknik nyanyian falsetto Lagu Tentang Cinta. Namun definisi itu tetap tidak sama. Manisnya cinta itu masih belum dirasa. Jadi tak kan manisnya cinta itu tidak punya maksud?
 Ada macam rasa oren ka tu? Sedap ka tu cheentaa. Tapau bah satu!

Selepas khatam kalam Hilal Asyraf. Pemahaman aku pasal pendefinisian cinta itu sebenarnya infiniti. Tiada maksud yang solid. Definisi itu datang dari individu itu sendiri.  
Ni apa yang aku paham dalam buku beliaulah.

Kalau kau kata cinta itu sedap macam budu & tempoyak maka sedak la cheenta mung. Tapi kalau kalu kata cinta macam kurap. Makin digaru makin sedap. Begitulah jugak sebaliknya. 
Minta- minta aku punya chenta ni macam Astro. Macam- macam ada. Puihhh!

 Pencarian manisnya cinta itu pasti tidak semua gembira pasti ada liku- likunya. Sedangkan para nabi berdakwah pun ada halangan. Apatah lagi kita yang kunun- kunun punya visi untuk cari rasa cinta yang sebenar. Cuma bagi aku, manisnya cinta itu tak kan dicapai, andai kemanisan iman gagal digapai.


Layan Reggae pun bulih jatuh cheentaa bah!
Rasulullah S.A.W bersabda:

"Tiga perkara, yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang kerana Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api neraka."

 (H.R. Bukhari-Muslim)

5 comments:

  1. Singgah malam hari. Semoga esok lebih baik dari hari ni

    ReplyDelete
  2. bermadah pujangga pulak ye. hihi
    salam perkenalan.
    CF follow sini no 20 :)

    ReplyDelete
  3. cinta... sangat subjektif...

    jejalan dan follow sini.. #23

    ReplyDelete
  4. yup, definisi 'manis' itu berbeza dari segi perspektif dan impian setiap orang.. ^_^

    ReplyDelete
  5. 'manisnya cinta di cappadocia' hehehe

    ReplyDelete