22 June 2019

REVIEW : CABANA RETREAT KOTA BELUD SABAH

Saturday, June 22, 2019
Boring punya pasal baru start blogging balik. Macam biasa seni penulisan makin berkarat. mahu menaip pun suda serupa lutong. Terkial- kial.

Tutup merepek. Mula review pasal Cabana Retreat ni.


Signborad masuk Cabana Retreat


 Cabana Retreat ni terletak lebih kurang 93 kilometer dari Kota Kinabalu International Airport. So, lebih kurang sejam lebih boleh sampai. Aku punya trip hari tu with 6 of my friends. Kami gerak pada hari Ahad dalam pukul 1 petang dari KKIA.




Macam biasa, perjalanan ke Kota Belud ni disulami pemandangan yang sawah padi berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Trip- trip urang putih butul yang jakun namapak sawah padi kunun.

Sebelum sampai sampai Cabana Retreat ni kami sempat singgah beli jagung, tembikai & lokan untuk BBQ malam nanti. Pagi sebelum bertolak tu aku sempat singgah Pasar Besar KK beli seafood untuk bakar- bakar malam nanti.

Udang, sotong & Ikan Uji Rashid sekilo. Sebab takut tak cukup. Beli ikan tuna yang saiz sedang seekor. Semua tu dalam RM60. Siap tak habis makan lagi untuk 7 orang.

Tamahak kan. Nasib tidak memborong ketam. Kalau tidak serupa saitan suda membazir! Palui!

At the day before the trip, I called the Cabana Retreat for booking. So, we booked 2 Deluxe Queen Tents because Quad Tents fully booked. For more info boleh direct sini.


Time call tu dorg terus minta full payments. So, bank in terus la. Nanti dorang akan email & whatssapp for confirmation. Tak susah pun.

Time ni la kita boleh request nak BBQ pit.

Sampai kat sini, memang Wow habis la!

After check in, dorang akan bagi tent keys. So kitorg letak beg dalam khemah baru ronda- ronda sekitar rampaian laut ni cari air kelapa & pisang goreng untuk minum petang.

Pantai sebelah je pun.Boleh je jalan kaki. Berbaloi. Sebab pisang goreng sedap!


Dalam pukul 5 gitu kitaorang balik Cabana Retreat just nak out tepi pantai konon acah- acah tourist Korea yang sibuk main ATV kat pantai ni.

Kitorg pulak di sebabkan nak kurus, semua main Beach Volley Ball. Kitorang kena lapar balik sebab malam nak BBQ lagi.

Penat pungut bola pak hang. Nasib free. Kalau tak rugi jer.

Kat sini banyak aktiviti boleh buat ni list nya 


Aku dah penat nak cerita. So, korang pun rasa nya dah malas nak membaca. Tengaklah pulak gambar- gambar yang sempat nak ambil.     





Ini bukan aku.


Konklusinya Cabana Retreat ni okay. Soal khemah tu memang sebijik macam dalam web diorang. Cuma aircond tu tak berapa nak sejuk. Sebab kitorang pergi tu memang time panas. Tapi malam memang selesa untuk tidur lah..

Tak rugi pun pergi sini. Selamat Bercuti.

Adios!!!

Adios!!!



29 September 2017

PANTAI RANG BULAN - PART 1

Friday, September 29, 2017
     Pagi- pagi arab gigih sudah packing all the camping equipments. Semangat Mat Kilau kan mahu semua perfect. Disebabkan hari Sabtu, housemates masih lagi dibuai- buai kantuk. Mimpi yang 18++ kalik. 

Teeettttt... lari topik suda kau yunk!

INTRO:
    Pantai Rang Bulan ni terletak di Kuala Abai Kota Belud. Kira- kira 85km dari Kota Kinabalu International Airport. Paling best, gerak awal pagi dari KKIA dlm pkl 7 pagi then singgah kat Tamu Putatan beli lah jagung rebus or kudapan- kudapan untuk perjalanan. Kalau aku jagung rebus RM 5 da cukup.


         Tak jauh mana pun.. Haha

Dalam pukul 9 lebih aku baru sampai Kuala Abai. Trip ni aku gamble je. 100% bergantung pada waze. 

Biarpun urang Sabah bah! Bulih sasat jugak itu kalau masuk KB. Haha... Bikin malu Bajau jak.

Sampai jer Kuala Abai. Terus lah meriki- riki apa yang patut. Tempat orang kan. Planning nya cari tempat turun ikan. Kunun- kunun mau di bakar la malam nanti. Hampa si tuan. Tiada yunk dijumpa.

Terpaksa makan jagung la...

mana pokok kelapak?

Tredmark Rang Bulan ni..

Kaki ku bah. Acah- acah hipster!

Lawa kan?

RM50 semalaman. Boleh lah..

Jeti kampung..
Tak mampu duduk pondok. Pacak khemah la nak.



Okay. Nanti kita sambung Part 2... Adois!!






28 September 2017

Bangunlah Nasi Lemak

Thursday, September 28, 2017
     Pagi- pagi buta dah bangun cari nasi lemak memang tipikal Malaysian betul. Kalau bukan nasi lemak. Roti canai atau roti goyang pun jadilah mat.

Nasiblah saya ni bajauan. Nasi kuning jugak yang dicari kalau sarapan. Tiada nasik lemak. Hantam makan mee goreng la. Asal ada bah!

     Bukannya ingin bercerita tentang nasi lemak atau nasi kuning pun. Tapi macam gerigitan betul bah jantung saya ni pasal isu semasa sekarang ni. Bakar sana! Bakar sinun! Pukul sini! Terajang situ! Macam makin tak betul urang kita ni bussku!

     Bukan juga mau busy body bah. Tapi ndak best bah kan kalau balik- balik diberita semua cerita negatif. Tak membangun kita tu bossku. Buka news paper suda ada cerita si anu mencuri kabel telekom di Stesen Halogilat. Lepas tu mati kena karan. Bukankah tu ndak best dibaca awal- awal pagi. Bikin tambah pahit kopi Tenom jak.

*Padahal mana ada line telepon sana Halogilat! Tunggu kering tu Sungai Padas kalik baru ada. YB main peranan please!

     Cubalah pagi- pagi kita bangun kasi On tu radio.
  ‘’ Selamat Pagi Malaysia!
 Sari Berita Utama. Pak Najib mengumumkan tiada GST mulai esok & harga barang turun 50% disebabkan rakyat semua baik & terlalu perform ke arah TN50! ‘’

 Kan best kalau begitu. Kita pergi kerja pun semangat & tak lah nak memaki terus sebab stress! 


                                            Nasi Lemak ni aku masak untuk ambil gambar je.

FOLLOW @ INSTAGRAM

About Us

Recent

Random