15 June 2015

Travelogue: Penang - Part I


Malam sebelum hari aku bertolak Ke Penang tu, tak tau pulak kenapa aku tak boleh tidur.

Overdose caffiene kalik.

Disebabkan malas nak layan mata ni untuk diajak lelap. Aku pun dok usha- usha Agoda. Cari hostel yang paling strategik & rate yang berpatutanlah konon. Tup..tup.. boleh pulak Peace Hostel buat promo. RM 15/ night! Memang aku sapulah untuk 2 malam. Fan room pun jadilah. Asal ada tempat nak tidur kat Penang nanti. 

Print voucer Agoda tu. Incase, Peace Hostel tu nak copy.


Peace Hostel Penang

Dipendekan cerita, Maka dah pagilah Pauh Perlis terchenta ni. Sedar dari lelap, dah pukul 9 pagi bak hang. Aku pun dengan rushnya bersiaplah konon- konon, nak kejar trip Bas 9.30 pagi dari Changloon. 


Sampai sana. Hampeh jer yang dapat. Bas pukul 5 petang baru ada. Gampang punya google!


Selepas discuss panjang lepar dengan sahabat dunia akhirat. Diorang suggest aku try beli tiket kat Kangar pulak. Okay, kita layan aja. Janji Kancil cabuk ni masih bisa mengensot. 


Sampai jer kat Station Bas Kangar, terus ke kaunter tiket. Bingo! Bas ke Butterworth gerak dalam pukul 1200 tengah hari. Apalagi, terus grab satu. MYR 15.20

Ada jugak 20 sen tu. Kenapalah tak digenapkan aja lima belas hengget.


Lebih kurang ginilah basnya. 
Credit: Google

Done! Tiket dah beli. Tinggal nak naik bas jer. Memandangkan perut ni dah bunyi alunan dangdut koplo Inul Daratista. Kita makan dulu! Perut Bajau ni perlu di Isi dengan nasi dari tujuh bendang Kampung Pauh Perlis. Usha- usha sikit tepi bus station ni. Jumpalah sederet kedai makan Melayu. 


Perghhh.. mencanak naik nafsu makan & kelaparan nampak ikan goreng. Tapi tahap kegelojohan tu still boleh control lah. Cuma six packs kat perut ni malu- malu nak muncul. Apa yang aku mengarut ni.


"Pakcik, tolong kira" kataku dengan nada Nur Aminah excited dapat masuk universitas! 


Dengan harapan pakcik tu bagi murah. Pergghh...harga Kl bak hang dia bagi dalam MYR 8 la jugak aku santap tapi. Tapi, its okay. Aku paham harga station kan. Kalau airport bulih jual nasi lemak 12 hegget plus- plus. Kenapa pakcik ni tak boleh? Seppp.. sikit cik!  



Terima kasih pok! kasi tumpang bermalam & hantar pigi stesen bas.


Maka bermulalah perjalanan aku ke Penang untuk sepinggan Pasembur!

Bye Perlis, Hello Penang!



Bersambung la pulak...


P/S: Sebab aku dah penat menaip..

2 comments:

About Us

Recent

Random