Travelogue: Intro sendu di Arau

Monday, June 08, 2015 azreen raub 0 Comments



Setelah habis empat tahun setengah kepala hotak diperah belajar pasal aircraft. Now, I need a short vacation! Penang, aku datang! Konon...

Trip kali ini aku pergi solo. Nak try sejauh mana aku boleh manage my ciput budget! First off all, terima kasih pada blog- blog yang cerita pasal penang. Dalam dua tiga hari lah jugak aku google nak tau apa yang patut. Selama ni follow Backpacker Buddies Malaysia. Tapi info pasal backpack dalam negara kurang sikit. Nak bertanya segan pula. Semua dah otai dah. Takpe, kita terjah jer. Kalau sesat pun confirm kat Balik Pulau.
 Ada apa kat Balik Pulau? Laksa Janggus lah beb!

Sebelum aku ke Penang, aku singgah jap kat Perlis. Naik train, nak save budget punya pasal aku beli Seat Economy Class.  Bila lagi nak merasa experience tercaguk 11 jam dalam train? Naik lenguh- lenguh badan aku. Goyang sana, goyang sini. Kejap- kejap berhenti. Tapi bestlah jugak experience naik train ni, balik kampung nanti bulih cerita kat family nun di bawah bayu tu. Bulih bah kalau kau!

Bulih tahan jugak santik ini tampat! - Urang Sabah bilang.

Dalam goyang-goyang tu, aku membuta dengan jayanya. Tup- tup...dah nak sampai Arau! Macam biasa. Nampak sawah padi terus jadi sakai kejap. Pagi tu, cuaca elok je. 

Matahari lak tengah hot- hot manja. Memang tambah padulah scenery sawah padi ada sunrise plus pakcik - pakcik & makcik- makcik  tengah menari samba dan salsa berkompilasikan lagu- lagu pop Sanisah Huri kat tengah- tengah bendang. Terkejut beruk bak hang! Tipu!

Dalam pukul 9 pagi la jugak aku sampai kat Stesen KTM Arau. Bangunan baru & ada ciri kemelayuan dalam senibinanya. Aiceceh..aku merapu apakah ini?

Stesen KTM Arau terchenta...


Memandangkan sahabat dunia akhirat aku ni tengah marathon quiz kat UniMap.A ku datang pun time- time dorang tengah busy fyp, viva, quiz bagai. Aku rileks- rileks la kat stesen ni. Pergi toilet nak basuh muka & ambil  wudu' untuk Qada Subuh yang terbabas. Tapi alang- alang dah basuh muka. Baik aku mandi. Bukan ada orang pun. Perghhh, nikmat bak hang! Fresh!

Dah settle urusan dunia & akhirat, aku pun tanyalah guard kat situ.

" Sir, where is the direction to the Eyüp Sultan Camii?"  
Siap accent British lagi walaupun muka Bajau Ubian habis.

" Well, you go straight. After you find Hagia Sophia then turn left. Eyüp Sultan Cami is on your right." 
Jawab guard tu selamba dengan slang Irish yang kaw- kaw gila babeng!
Ciss, terkena aku. 

Ceh! Dialog ni tak pernah wujud pun. Haha...aku nak gelak jugak walaupun hambar. 
Aku saja nak menghiburkan hati sendiri. Takut- takut boring tulis entry ni. Kang semua idea lari bertempiaran. Penat aku membubut nanti. 

Aku just bertanya kat mana kedai makan dengan bahasa melayu standard tahap tujuh. Pak cik guard tu jawablah dengan loghat utara pekat tapi still aku bulih paham bah.

 "Pi terus belok kiri. Tu dia kedai makan"

Bilis telur- bilis telur. Perut yang bakal ada six packs ni kalau lapar memang ini lah jadi sarapan.


Sebenarnya tiada apa yang best dikongsikan untuk entry kali ini. Aku just nak tulis intro untuk travelogue aku jer sebenarnya. Penulisan hambar lagi.

Kat kedai tu, aku tercaguk la sorang- sorang. Tengok orang lalu lalang. Pakcik- pakcik semangat cerita pasal politik negara. Dah, macam parlimen da aku tengok.

Pakcik kedai ni, dari tadi dok usha aku je. Berkenan buat menantu ke? Kalau ya. Dilayan bah kalau kau pakcik. Bulih aku hari- hari tengok sawah padi.

After an hour aku lepak kat situ & berbual- bual dengan Pakcik kedai kopi walaupun aku minum teh O jer. Jimat!

Aku pun rasa nak blah dengan adab & kesopanan. Sebab makcik kedai ni, macam dah berkenan sangat dengan aku.
 "Maaf makcik, saya ke sini mencari Nur Aminah. Dia tengah tunggu saya kat bendang." Bisikku dalam hati. Aku pun chow lah perlahan- lahan sambil mengensot. Okay, ini tipu.

Menapak sambil feeling- feeling jadi orang Poland yang baru sampai Perlis.
Panas! Bak hang!

P/S: Seorang diri di Arau. Rupanya Nur Amina  kat Sungai Chuchu. Patutlah C-Mart ni kurang serinya hari ni. Hampeh!

Next entry baru aku cerita pasal Penang. Intro saja aku dah buat berjela- jela hektar panjangnya. Bosan membaca? Teruskan jugak. Kidipap bebeh!








0 cakap- cakap kosong: