bukan jiwa yang mati

Tuesday, July 15, 2014 azreen raub 1 Comments

Aku bukanlah insan gigih waktu- waktu puasa ni untuk menulis entry. Tambah- tambah lagi angin monsoon barat daya selatan bertiup sesepoi bahasa. Buat aku yang malas ni jadi semalas- malasnya. Perut yang dari pagi lagi bersyair syahdu sendu- sendu P. Ramlee nangis tak sempat sahur turut menjadi catalyst untuk membuta sampai ke petang.

Aku baca tulisan seorang kawan yang banyak membantu aku sepanjang di Hospital Sungai Buloh. Aik, hampir terlupa. Aku mulakan 2014 dengan sesuatu yang tragis & penuh drama. Tapi takde lah macam drama korea. Nangis- nangis bagai. Tapi lagi teruk! Nantilah aku cerita, coz aku tak pulih sepenuhnya lagi. 

Tangan still kena pakai Pressure Garment for a year. Parah kan?


". i tried my best to ignore some facts but some issues had left me hurt. my trustworthy and support to some individuals was thrown into garbage a long time ago without my knowledge eventually. you always rooted for someone and then they turn out to be all fked up and so miserable all this while. thats sucks. everything seems falling into ‘what a mess’ situation."


                                    -HeyAtoi-


Pang!!! Sebijik kena kat batang hidung sendiri. Maybe aku kot salah seorang of individual yang dimaksudkan. How should I response to all those things? Aku kalau bab people management memang ke laut. Lautan Hindi belum tentu tentu tercapai dalamnya sebab ada Kajol menari- nari Samba kat sana.

Kakak aku perasan sora dia macam Lata Mangeskhar. Feeling lebih pulak dia!


Bukan lakonan airmata Saloma! | Credit: Incik Drippy


Serious pok! Aku tak tau nak response apa? Bukan aku jenis lupa orang. Tapi aku ni bukan jenis orang yang suka texting- texting bagai. Kalo aku text, aku tak tau cerita pasai apa. Sebenarnya, aku nak gak ambil tahu pasal progress regarding our training. Tapi risau gak aku, kalau aku ni jadi annoying. Sebab bab ni memang sensitive for us yang terkondem dengan module yang bertingkat- tingkat banyaknya. Berjota- jota anjing soalan- soalan yang bikin pusing. Ni belum lagi kena maki dengan mulut Exam Department puaka & lahanat!


Pasal tu la aku langsung tak sentuh that issue. Kalau boleh, semua dah setel baru huha- huha balik. Ella sendiri pun bulih pengsan kalo buat konsert tujuh hari tujuh malam & pikir masalah ni. Aku paham kot perasaan tertinggal gila kat belakang or left behind kalau Emma Watson cakap. Ibarat kau terlepas last bus RapidKL. Jalan kaki la gamoknya!


Perghhh! Bulih tahan jugak panjang ni entry. Apapun, semua benda itu berhikmah. Jangan dipalingkan hati dari yang Esa & terus istiqomah. Insyaallah ada jalannya. 

Macam lagu Maher Zain pulak.

Adios & Salam Ramadhan!



1 comment: