07 December 2014

Mohon Doanya!

Sunday, December 07, 2014
Kalau dibiarkan kopi itu tidak bergula. Sampai besok pagi pun akan terasa pahitnya. Tapi kalau kau bubuh sampai lima kilo tujuh ratus tiga puluh dua gram gula kasar pasti manisnya bikin diabetes!
Aicehhh... acah-acah ayat buku Lejen!

Walaupun aku dari pukul tujuh pagi lagi dok tenung baju- baju kotor dari senin lepas. Takkan adanya pertolongan dari langit yang tup- tup baju aku berjalan sendiri pergi kedai dobi then basuh sendiri. Melainkan aku sendiri terpaksa pergi mendobi sorang- sorang. Nanti tengah malam lah aku pi.

Scroll down Facebook, Twitter & Instagram. Perghhh! Dah ramai kawan- kawan seangkatan dulu yang grad! Tahniah kamu semua! Lepas ni bulih sudah fokus cari bini. Eh, tersilap! Cari kerja. Kasi senang mak bapak sambil usha- usha anak siapa yang mau dipinang.
Siapalah yang bakal dipinang ni? Pening dipikir.

Perjalanan aku di sini? InsyaAllah still berjalan lancar & I can handle it by myself. Walaupun terpaksa khatam seribu pages untuk tiga hari then exam after that. Gila! Mohon doa- doanya ya sahabat!

    “Ya Allah! Kami memohon  kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.”

P/S: Kopi Warisan lah sangat! Macam kopi Cap Kuda letak susu Cap Junjung.
         Ndak sedap betul! Kupi- kupi Tenom lagi okay bah!


08 October 2014

cerita kosong bungkus ikat tepi

Wednesday, October 08, 2014
1 2 3... Punya lah aku perah ubun- ubun oblongnata aku ni semata- mata nak buat intro power kononnya. Tapi hampeh, intro malas anjing gak yang aku dapat buat. Jadi kita mulakan hari dengan kalam tuhan yang esa. 
Tenang sikit hati ini dari jembalang- jembalang tanah!



Makan tidur makan. Repeat that things again! Perut pun makin ke depan. Otak pun makin lama makin lembap macam spender basah. Otak pun makin lama makin kosong macam roti canai sembilan puluh sen kat Denai Maju. Aku rasa aku hidup makin kosong tapi tidak lah sekosong lagu Najwa Latip. Aku macam lost sekejap. Environment aku macam internet jer. Aktiviti luar, makin lama makin melambai- lambai jauh dari aku. Babai cinta. Kenapa tiba- tiba jadi miang ni?

Sekarang masih lagi tercari- cari rentak untuk terus istiqomah dalam menuntut Ilmu Allah.

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah,  maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita”
                                                                                  
                                                          Al-Qur’an Surat Al-Ahqaff (46) ayat 13

Sekarang ini yang pasti aku lapar pok! Tapi tak kan kenyang kalau meroyan kat blog. Baik aku pigi cari makan dulu. Mana tau jiran sebelah hulur Nasi Ayam Hainan. Untung jugak kan.
Tapi harapanlah kalau Apek sebelah nak hulur... 



P/S: Rindu makin gawat dengan kedai makan Che Mat kat Taman Semarak Perlis!


15 July 2014

bukan jiwa yang mati

Tuesday, July 15, 2014
Aku bukanlah insan gigih waktu- waktu puasa ni untuk menulis entry. Tambah- tambah lagi angin monsoon barat daya selatan bertiup sesepoi bahasa. Buat aku yang malas ni jadi semalas- malasnya. Perut yang dari pagi lagi bersyair syahdu sendu- sendu P. Ramlee nangis tak sempat sahur turut menjadi catalyst untuk membuta sampai ke petang.

Aku baca tulisan seorang kawan yang banyak membantu aku sepanjang di Hospital Sungai Buloh. Aik, hampir terlupa. Aku mulakan 2014 dengan sesuatu yang tragis & penuh drama. Tapi takde lah macam drama korea. Nangis- nangis bagai. Tapi lagi teruk! Nantilah aku cerita, coz aku tak pulih sepenuhnya lagi. 

Tangan still kena pakai Pressure Garment for a year. Parah kan?


". i tried my best to ignore some facts but some issues had left me hurt. my trustworthy and support to some individuals was thrown into garbage a long time ago without my knowledge eventually. you always rooted for someone and then they turn out to be all fked up and so miserable all this while. thats sucks. everything seems falling into ‘what a mess’ situation."


                                    -HeyAtoi-


Pang!!! Sebijik kena kat batang hidung sendiri. Maybe aku kot salah seorang of individual yang dimaksudkan. How should I response to all those things? Aku kalau bab people management memang ke laut. Lautan Hindi belum tentu tentu tercapai dalamnya sebab ada Kajol menari- nari Samba kat sana.

Kakak aku perasan sora dia macam Lata Mangeskhar. Feeling lebih pulak dia!


Bukan lakonan airmata Saloma! | Credit: Incik Drippy


Serious pok! Aku tak tau nak response apa? Bukan aku jenis lupa orang. Tapi aku ni bukan jenis orang yang suka texting- texting bagai. Kalo aku text, aku tak tau cerita pasai apa. Sebenarnya, aku nak gak ambil tahu pasal progress regarding our training. Tapi risau gak aku, kalau aku ni jadi annoying. Sebab bab ni memang sensitive for us yang terkondem dengan module yang bertingkat- tingkat banyaknya. Berjota- jota anjing soalan- soalan yang bikin pusing. Ni belum lagi kena maki dengan mulut Exam Department puaka & lahanat!


Pasal tu la aku langsung tak sentuh that issue. Kalau boleh, semua dah setel baru huha- huha balik. Ella sendiri pun bulih pengsan kalo buat konsert tujuh hari tujuh malam & pikir masalah ni. Aku paham kot perasaan tertinggal gila kat belakang or left behind kalau Emma Watson cakap. Ibarat kau terlepas last bus RapidKL. Jalan kaki la gamoknya!


Perghhh! Bulih tahan jugak panjang ni entry. Apapun, semua benda itu berhikmah. Jangan dipalingkan hati dari yang Esa & terus istiqomah. Insyaallah ada jalannya. 

Macam lagu Maher Zain pulak.

Adios & Salam Ramadhan!



22 June 2014

kikis hati

Sunday, June 22, 2014
Adidih punya sandi urang Sabah bilang... sedar- sedar dah pukul lima pagi. Punya lah syok aku buat editing untuk recover blog yang hilang. Aissh, rugi masa tidur aku! Ikutkan hati memang nak bertahan sampai ke pagi. Tapi, aku out dulu. Ngantuk bah!

Pukul 11.34 minit 46 saat. Aku baru bangun! Habis lintang- pukang semua plan. Ini blog punya pasal lah. Jogging entah ke mana. Breakfast lagi lah. Ko nak breakfast apanya kalau matahari dah terpacak atas kepala. Minum kopi + roti semalam. 
Pergghh, bulih tahan jugak bah sadap ini ruti. Ada Cardburry kalik.

Bukak Facebook. Astagfirullah, urang Sabah rupanya yang kasi tinggal itu anak terkurung.
Bikin malu betul bah kau ni.
Sekarang ni, dunia makin tak betul dah. Seakan-akan humanity langsung tak wujud dalam diri seorang manusia. Babi pun sayang anak bah! Kita hari- hari melalak lagu pasal cinta. Cinta itulah. Cintun inilah. Love sana. Luv sini. Tapi langsung tak nampak mana cintanya. Dah gadai apa kat Along? Bikin tukar untuk beli Iphone!
Kalau aku memang layan lagu One Love- Bob Marley. Perggh, reggae + asap weed memang kaw- kaw punya Babas! Baru ada Umphh! Okay, Ini tipu!
Saja bah sia mo tinguk ko. Lubang idung basar! Credit: Mas- Luka

Mau cakap banyak pun ndak guna urang bilang. Bikin habis air liur. 
At the end, pasal humanity ni bukan satu perkara enteng yang bisa dilambung- lambung. Harus punya kesedaran kok! Kemon guys,kita kikis hati ni, cari balik humanity. Mana tau tertinggal kat rumah Neelofa. 
Untung- untung dapat jumpa adik dia. Hahaha..

Adios!
Lahh, dah pukul 1.54 PM rupanya. Patutlah si perut ni menyanyi lagu Cek Mek Molek! Lapar!


azreenraub

Sunday, June 22, 2014


ALIF.BA.TA..
Lamalif.hamzah.ya..

Kalau cakap pasal diri sendiri, satu page ni tak cukup! Kita mulakan ta'aruf dengan nama.
Azreen Raub. Bukan berasal dari Raub Pahang. Tapi dari Saaaanaaa tu, Sabah Bah!
Bulih bha kalau kau! Ayat klise untuk budak Sabah!


Anak Bajau Ubian yang cuba mengerti burung- burung besi! Malaysia Airlines Systems punya apprentice. Tahun keempat. Masih lagi merangkak untuk bezakan Boeing 737-800 & Airbus A330 punya systems.
Mustahillah bha kau endak bulih bezakan!

Bukan sasterawan ataupun wartawan. Cuma mahu menulis apa yang harus dikongsikan. Bukan penulis ayat- ayat jiwang, hanya mampu reka ayat- ayat gampang. Kita menulis pakai hati, bukan pakai kaki!
Perghhh! Macamlah pandai menulis sana.



About Us

Recent

Random